Insentif menerusi Skim Pendidikan sebagai Ahli Kelab Santun Junior, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPIEM) itu diberikan kepada peserta bagi menampung kos pendidikan hingga ke Tingkatan Lima dengan syarat mereka perlu konsisten dengan kriteria ditetapkan.
Malah, Rosmah berkata, YAPIEM juga menyatakan persetujuan untuk menawarkan skim sama kepada tujuh peserta akhir Adik-Adikku musim pertama.
“Seramai 14 peserta program ini menjadi Ahli Kelab Santun Junior YAPIEM dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM33,600, selain mendapat manfaat daripada saham Koperasi YAPIEM
“Saya berharap inisiatif JAKIM dan YAPEIM ini akan dicontohi agensi lain termasuk majlis agama negeri dan syarikat berkaitan kerajaan bagi membina serta memelihara modal insan berkualiti serta bertaqwa,” katanya ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang rancangan Adik-Adikku musim kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz.
Selain itu, Rosmah menyatakan rasa bangganya kerana rancangan ini berjaya membawa dimensi baru dalam dunia hiburan khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mencari alternatif berhibur dalam Islam.
Sementara itu, Muhammad Amirul Munir Azlin, 10, dari Kedah dipilih sebagai pemenang dengan memenangi hadiah RM10,000 dan pelbagai hadiah iringan, manakala Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, dari Kedah sebagai pemenang kedua, serta Zaid Najmuddin Zul Akmal, 12, dari Wilayah Persekutuan, tempat ketiga.
0 ulasan:
Catat Ulasan