Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.

“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.

“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top