Album ini menampilkan lagu-lagu terbaru Sohaimi seperti Kalau Berpacaran yang dinyanyikan bersama Ana Raffali dan Altimet.
Pada masa sama terdapat juga lagu-lagu lamanya seperti Ros dan Epilog Cinta yang dirakamkan semula dalam nafas lebih segar tetapi mengekalkan susunan dan melodi asalnya.
Album ini memperdengarkan perjalanan melodi gaya nyanyian Sohaimi sejak era tahun 1980-an hingga kini. Lagu duet Kalau Berpacaran memperlihatkan gaya melodi yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pop, surf, rock dan sedikit hip hop mengikut trend masa kini.
Pada masa sama penyanyi berasal dari Perak ini seakan-akan tidak boleh dipisahkan dengan irama pop sentimental seperti era awal kemunculannya sebagai penyanyi menerusi lagi seperti Cinta Pertama.
Seolah-olah itu adalah identiti dan kesesuaian melodi serta gaya muzik sebenar Sohaimi sebagai penyanyi. Tidak setakat lagu-lagu cinta muda-mudi, beliau juga tampil menerusi lagu-lagu bermesej sosial menerusi lagu Demokrasi dan Hikayat Negeri Antah Berantah.
Terdapat kepelbagaian melodi, konsep muzik dan lirik menjadikan album ini sebagai rentetan perjalanan muzik Sohaimi dari dulu hingga kini.
Bintang: *****
* Judul Album: Kalau Berpacaran.. The Album
* Artis: Sohaimi Mior Hassan
* Konsep Muzik: Pop
* Terbitan: Tele-Infra Teknologi Sdn. Bhd.
0 ulasan:
Catat Ulasan