Kecoh video aksi seks didakwa pemimpin utama pembangkang

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini.

Bernama melaporkan, kumpulan diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Kumpulan itu juga mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita itu ketika mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Anggota kumpulan itu berkata, mereka memutuskan untuk mendedahkan perkara itu sekarang kerana sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui perkara sebenar mengenai ahli politik itu.

0 ulasan:

Sila komen Kecoh video aksi seks didakwa pemimpin utama pembangkang

Home
 
Kecoh video aksi seks didakwa pemimpin utama pembangkang

Home | Disclaimer | Contact