Meremang bulu roma GUA bila menulis artikel ini. Mana tidaknya, tiba-tiba ada kisah sampai di telinga GUA kononnya pejabat di tempat GUA mencari rezeki selama ini rupanya berhantu…Eeee…Seram sejuk dibuatnya.

Kisah ini berlaku apabila salah seorang anggota kumpulan popular telah diganggu oleh makhluk halus ketika dia datang ke pejabat GUA. Menurut empunya badan, dia ternampak kelibat wanita berambut panjang berpakaian putih dan juga hantu pocong.

Menurut sumber GUA, lari lintang pukang juga mamat macho ini malam itu. Kalau anda nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, jangan lupa menonton rancangan ‘Apa Saja FBI’ Jumaat ini, jam 8.30 malam hanya di TV9.

 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top