du 02.1
MATT HILL bergambar bersama anak perempuannya di Sekolah Mill di Potterne, Britain baru-baru ini.



POTTERNE, BRITAIN – Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.

Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.

Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top