Malam tadi telah berlangsungnya majlis tayangan media bagi filem terbaru arahan Yusry Abdul Halim berjudul 'Karak'. 'Karak' merupakan buah tangan pertama Yusry untuk filem bergenre seram. Apa yang menariknya, pelakon yang digosipkan bercinta dengan pengarah kacak itu, Lisa Surihani turut hadir menonton filem tersebut.

Lisa yang datang tanpa ditemani ibunya seperti kebiasaan dilihat duduk di sebelah Yusry di dalam pawagam. Pasangan yang sedondon mengenakan topi ini dilihat mesra bak pasangan kekasih walaupun Lisa sebelum ini hanya memberitahu bahawa mereka berdua cuma berkawan saja.

Jika dilihat pada malam tadi, nampaknya pasangan ini sudah tidak berselindung lagi mengenai hubungan mereka apatah lagi majlis itu dihadiri oleh ramai pihak media. Sejurus selesai tayangan filem tersebut, GUA terus mendapatkan kedua-dua pasangan ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai status hubungan mereka.

GUA: Apakah status hubungan anda berdua?
Lisa: Sebenarnya tak manis untuk saya jawab. Apa yang saya boleh katakan, jika sebelum ini kami bercakap pasal kerja, namun sekarang kami bercakap tentang banyak perkara. Saya tak boleh nak cakap banyak sebab tak manis untuk saya sebagai perempuan bercerita lebih. Itu memang prinsip saya dan saya harap orang boleh faham.

Yusry: Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun. Walau bagaimanapun, kami masih belum mengenali sepenuhnya. Saya selesa dengan perwatakan dan cara pemikiran dia.

GUA: Ada kata-kata nakal mengatakan ada udang di sebalik batu kenapa Lisa rapat dengan Yusry. Lisa kononnya dikatakan mahu mendapat tawaran dengan KRU Studios.
Lisa: Bagi Lisa, rezeki di tangan Allah. Sejak umur Lisa 11 tahun, Lisa berusaha untuk mendapatkan sesuatu tawaran. Lisa tak guna agenda tersembunyi untuk dapatkan 'job'. Bagi Lisa, tak payah nak guna taktik itu. Namun apakan daya, Lisa tak boleh nak kawal apa orang nak cakap.

Yusry: Tak adil untuk pihak dia dan tak adil juga untuk pihak saya. Takkan lah saya bodoh nak kena macam tu. Saya akui terkilan dan kecewa dengan isu ini. Kalau macam tu, kira Lisa kena rapat dengan pengarah seperti Shamsul atau Farid dululah sebelum nak dapat sesuatu 'job'. Saya ingin tegaskan yang kami berkawan atas sebab selesa antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, mengenai tawaran dengan KRU, kami berdua memang pernah berbincang dalam Blackberry Messenger (BBM) sebelum jumpa buat pertama kali. Kami pernah berbincang pasal projek dan kerja. Malah, saya pernah cadangkan satu projek dengan dia dan dia pun telah bersetuju.

GUA: Betul ke anda berdua dah berjumpa dengan keluarga masing-masing?
Lisa: Itu terlalu peribadi untuk saya cerita.

Yusry: Ya, saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara paling baik ialah jumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan hubungan kami. Namun, terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah itu (kahwin). Jika jadi, Alhamdulillah.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top