Delaila aku datang
Pejamkanlah mata
Akan kubawa
Kau pada kejora

Seluas langit raya
Tiada sempadannya
Begitulah cintaku
Pada Delaila

Purnama tak bercahaya
Bila mana mentari tiada
Seribu tafsir bahasa
Tak mungkin tepat menafsir
Cinta kita

Delaila wajah yang pertama kujumpa
Dari mata hatiku yang kau teroka
Dari denyut nadiku yang bergelora

Pelayaranku bersamamu Delaila
Membelah lautan asmara
Memburu mutiara cinta

Pelayaranku bersamamu Delaila
Menyatukan kita semula
Yang telah terpisah lama
Kan kupastikan kau bahagia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top