Lirik Lagu Lip Lap Lip Lap - Senario

( 1 )
Lap lip lap lip lap
Buat kerja jangan sampai tersilap
Lip lap lip lap lip
Banyak menung nanti otak jadi sempit

Sedari kecil turut kata ibu
Rajin belajar ikut kata guru
Mari oh adik mari kita sama belajar
Bila besar nanti boleh dapat apa dicita

( ulang 1 )

( korus )
Dikk oh adik...
Janganlah berleka... bersuka
Pabila dewasa... disuka
Oleh ibu bapa... dan semua
Dikk oh adik... jaga-jaga
Hidup didunia... banyak noda juga dosa
Harus berhati... jaga maruah peribadi
Kelak dihormati... Insyaallah

( ulang 1 )

Ilmu dituntut untuk hari muka
Supaya hidup tidak dipersia
Berusaha gigih jangan hirau susah payah
Bila dewasa bekerja bantu keluarga

( ulang korus & 1 )

Marilah adik, janganlah kau leka
Tersilap langkah nanti kau binasa
Bila sudah pandai jangan lupa ibu bapa
Baru usaha kita diberkati Yang Maha Esa

( ulang korus & 1 )

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top