Gambar Miss Universe 2009 Ratu Venezuela adalah yang tercantik di kalangan jelitawan dunia. Wakil Venezuela, Stefania Fernandez memenangi pertandingan ratu cantik 'Miss Universe 2009' di Bahamas, kelmarin.

Berpakaian gaun labuh merah, Fernandez mengalahkan pemenang tempat kedua, Ratu Republic Dominica ketika pengumuman dibuat dan menerima mahkota kemenangan daripada pemenang tahun lalu, Dayana Mendoza, yang juga dari Venezuela.

Lima finalis terakhir ialah Ratu Kosovo, Ratu Australia dan Ratu Puerto Rico.

Venezuela, negara Amerika Selatan yang taksub dengan kecantikan, memenangi pertandingan ratu cantik Miss Universe sebanyak enam kali.

"Saya fikir ini adalah kumpulan paling ramai wanita tercantik yang pernah disaksikan," kata pemilik bersama pertandingan, Donald Trump kepada media. � AP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top