Terjaga ku dikamar
Lekaku terdampar
Berputar fikiranku dan berpinar-pinar
Perasaanku berpusar
Jiwaku tercemar
Kudengar bisikan bagai hingar-bingar
Jauhku merayau
Jiwa kacau bilau
Ku bagaikan harimau yang dibuta cahaya silau
Kuterkial-kial
Dan merasa sesal
Kusedari cinta ini semata-mata khayal
Kini kumencari cinta yang hakiki
Cinta yang tiada berbelah bahagi
Daku mencari cinta yang hakiki
Cinta yang bisa membuka mata hati
PadaMu aku berserah
PadaMu ku aku kalah
leraikan jiwa yang resah
PadaMu aku meminta
Berikan aku cinta

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top