Bisakah kau tempuh ranjau ini
yang pastinya jurang menghalang
sanggupkah engkau
susah payah bersamaku
janganlah pula nanti
kau menyesali... setelah melalui...

Ku sekadar mawar di dalaman
tak bererti budi yang dipandang
rupa adalah... diangankan setiap insan
betapa jauh jarak
kita berdua...
janggal digandingkan

Pernahkah kau terfikir
satu masa nanti sayangku
apakan terjadi
pasti gelora yang akan melanda
kita berdua akan karam...

Oh kasih...
sungguh ku mengerti
tulus benar oh kasihmu
tak ku sangsikan
seputih hatiku
itulah kasihmu
dari dulu dan kini

Oh sayangku
lupakanlah semua
hajat untuk memiliki
diriku ini
tak sanggup rasanya dirimu dicerca
maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
jadikanlah itu memori
sayangku moga engkau tahu
tidak semua cinta bersatu

3 ulasan:

  1. LoOove--this...SNAg KJe aq x yh r ssh2...nk cri krik bka web ny jEwW.......

    BalasPadam
  2. what's yor waiting for

    BalasPadam
  3. lagu ni d tujukan kpd mohd shamsul hairi bin husin yg berada di tumpat...maafkan mama....ma terpaksa meninggalkan papa...maafkan mama....

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top