Kenapa manusia penuh rasa cemburu
Pantang lihat orang senang pasti menguntuk
Dan tersenyum bila lihat orang tersungkur
Cakap senang nenek kau pun buat lebih bagus
Tapi bukan kau yang cuba bertungkus lumus
Mencari peluang berjaya dalam hidup
Memang masih jauh lagi perjalanan ini
Dan masih banyak lagi kan ku tempuhi
Jangan hanya mencari kesilapan saja
Nanti ternyata
(chorus)
Ku tahu..
oh no..(oh no)
oh no.. (oh no)
oh no..
ku bukannya sempurna
Kuperlu..
oh no..(oh no)
oh no.. (oh no)
oh no..
ruang untuk belajar
Ku bukan robot
Kadangkala lebih baik pekakkan telinga
Dari dengar mulut yang tak pakai kepala
Mencaci dan menghina ikut suka rasa
Oh tetapi diri ini takkan mengaku kalah
Meskipun orang hanya mahu cari salah
Namum cemuhan itu menjadikan aku lebih tabah
Kini baru kusedar siapa kawan
Kini baru kesedar siapa lawan
Bila hendak menegur ada caranya
Biarlah membina
(repeat Chorus)
Kuperlu..
Oh no..
Aku..
Ku bukan robot..
Semuanya tak kena..
Kubuat ini salah
Kubuat itu pun salah
Apa kau mahupun entahlah
Dari menyakitkan hati
Lebih baik ikut cara sendiri
Terpulang apa kau nak kata
Janji ku tak sakit jiwa
(repeat Chorus)
0 ulasan:
Catat Ulasan