Jika sebelum ini GUA mengeluarkan artikel Komen Pemenang ABPBH 2010, kali ini GUA menampilkan komen dari mereka yang tidak menang pula. Ikuti komen artis-artis yang sempat GUA temui dalam malam kemauncak ABPBH 2010 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam tadi.
Scha Al-Yahya (calon Pelakon TV dan Filem Wanita Popular)
Seperti biasa, Scha memang tak letak apa-apa harapan. Scha tahu mana letaknya kekuatan Scha. Scha sentiasa mengingatkan diri Scha supaya jangan meletakkan ekspetasi yang tinggi. Secara serius, Lisa dan Fasha memang layak menang. Scha tak rasa kecewa kerana dari awal Scha dah beritahu diri Scha yang Scha datang pada acara ini untuk memberi sokongan kepada kawan-kawan.
Nurul Elfira Loy (calon Artis Baru Wanita Popular)
Saya memang tak menjangka saya menang pun. Saya masih baru dan ini pertama kali saya melibatkan diri dalam acara sebesar ini. Memang ini cita-cita saya sejak umur 10 tahun lagi. Saya datang untuk memberi sokongan dan tercalon pun dah satu kemenangan buat saya.
Awal Ashaari (calon Pengacara TV Lelaki Popular)
Apa-apapun syukur alhamdulillah. Akhirnya saya dapat juga masuk dalam Top 5. Enam tahun saya tunggu untuk berada di tangga Top 5 ini. Bila lihat nama saya keluar, saya gembira sangat. Saya juga rasa seronok sangat walaupun kalah. Pak Nil memang layak. Dia sendiri pernah menjadi guru kepada saya. Lagipun saya memang tak meletakkan harapan untuk menang.
Diana Danielle (calon Pelakon Filem Wanita Popular)
Alhamdulillah, saya rasa Lisa memang layak untuk menang. Tahun 2010 merupakan tahun paling sibuk untuk dia. Bagi saya, ini rezeki masing-masing. Lagipun saya jarang buat filem komersial dan keluar televisyen, jadi untuk pegang trofi ABPBH 2010 memang tidak mungkinlah. Mana tahu, mungkin tahun depan rezeki berpihak kepada saya pula.
Tiz Zaqyah (calon Pelakon TV Wanita Popular)
Ini bukan satu kekalahan bagi saya. Ia rezeki masing-masing dan dapat masuk Top 5 pun saya dah bersyukur. Fasha Sandha memang mempunyai pengaruh yang besar, lagipun dia dah lama dari saya. Saya tak kecewa namun peminat saya agak sedih. Walau bagaimanapun, kita dah berusaha dan sokongan peminat yang tak putus membuatkan saya dapat masuk Top 5. Alhamdulillah.
Azlan & The Typewriter (calon Artis Berkumpulan / Duo Popular)
Pada mulanya saya menjangkakan Bunkface atau 6ixth Sense akan menang. Apabila 6ixth Sense diumumkan sebagai pemenang, mereka memang layak dan lagu mereka pun sedap. Bagi saya, tahun kedua dah tercalon pun dah cukup bagus. Saya bersyukur kerana berjaya habiskan acara ini dengan baik.
Liyana Jasmay (calon Pelakon Filem Wanita Popular)
Tahun lepas saya dah menang dan tahun ini rezeki Lisa pula yang menang. Dia memang layak dan bagus untuk dia. Lagipun dia juga menang kategori yang sama di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.
Sharifah Aleya (calon Penyampai Radio Wanita Popular)
Saya gembira dan bangga sebab Fara menang. Dia memang bagus dan ini bukan hanya kerana populariti saja. Saya tak rasa kecewa kerana secara jujur, saya bukan jenis yang menilai diri saya sebagai popular. Saya sendiri masih dalam proses belajar. Saya gembira kerana ada orang yang suka saya. Dapat masuk Top 5 pun dah satu kemenangan buat saya, dan jika menang satu bonus.
Kieran (calon Penyampai Radio Lelaki Popular)
Saya memang tak mengharapkan apa-apa. Saya datang sekadar hendak memeriahkan majlis. Berada di Top 5 pun dah mencukupi, alhamdulillah. Mana mungkin saya dapat kalahkan otai-otai tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan