Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel



SELEPAS bergelar suami, Imran kini lebih berhati-hati dalam setiap sikap pembawaan dirinya.



SEBUAH majalah ternama dunia versi India yang tidak disebutkan namanya baru-baru ini telah membuat undian tentang kualiti paling utama pada lelaki yang diingini wanita, dan kualiti tersebut ialah kesetiaan.

Sehubungan itu, disebabkan kesetiaan jugalah yang menjadi penyebab utama buat aktor muda, Imran Khan menolak tawaran majalah tersebut untuk menghiasi muka depan bagi keluaran yang menampilkan isu tersebut.

Ini kerana Imran dikehendaki bergambar dengan seorang perempuan gemuk yang berbogel tanpa seurat benang. Namun khabarnya Imran yang mengahwini Avantika Januari tahun ini menolak dengan baik tawaran tersebut.

Seorang rakan kepada keluarga Imran memberitahu agensi berita India, IANS: “Sebuah majalah wanita ternama dunia versi India hanya menjadikan wanita sebagai penghias muka depannya.”

Namun kali ini, majalah tersebut mahu mendapatkan khidmat Imran bersesuaian dengan artikel tentang kualiti pada diri lelaki yang dikehendaki oleh golongan wanita yang ditampilkannya.

Tambahnya: “Wakil majalah tersebut melihat Imran sebagai model sempurna bagi mewakili kesetiaan disebabkan hubungan cintanya yang kukuh bersama Avantika sehingga membawa mereka ke gerbang perkahwinan.”

“Imran hanya bersetuju untuk menimbangkan semula tawaran tersebut jika model yang akan bergambar bersamanya itu memakai pakaian.”



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top