|
MIRI 10 Mei – Seramai 329 graduan Universiti Curtin Sarawak (Curtin Sarawak) menerima ijazah sarjana muda dan sarjana mereka dalam satu majlis konvokesyen pada Jumaat lalu.
Majlis penyampaian ijazah itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Curtin Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang juga merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut.
Daripada jumlah graduan berkenaan, 19 orang ialah penerima sarjana Pengurusan Perniagaan (12), Kewangan (satu) dan Sains (enam).
Sementara itu, 310 orang lagi merupakan graduan ijazah sarjana muda Perdagangan (167), Pengurusan Perniagaan (sembilan), Seni (14), Kejuruteraan (78), Sains (37) dan Teknologi (lima).
Hong Nam dalam ucapannya, berharap graduan supaya memilih kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan yang diperoleh.
“Anda adalah penentu kepada masa depan anda dan sekarang terpulanglah kepada anda untuk memilih pekerjaan yang bersesuaian.
“Harapan saya, buatlah pilihan yang bijak demi masa depan anda sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Hong Nam berkata sejak Curtin Sarawak ditubuhkan pada 1999, lebih 2,000 siswazah telah dihasilkan.
Katanya, pertambahan mahasiswa dan mahasiswi pada setiap tahun pula menunjukkan keyakinan masyarakat terhadap program pendidikan yang ditawarkan oleh Curtin.
“Saya yakin perkara ini akan menarik lebih ramai penuntut dari luar negara ke universiti ini,” katanya.
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan