Ia diperakui Afif sendiri yang mendakwa komen yang diberikan pengkritik pada malam itu sedikit sebanyak mempengaruhi penonton sama ada untuk mengundinya atau pun tidak.
"Terus-terang, saya tergamam dan tidak tahu nak jawab langsung soalan yang dilontarkan kepada saya ini. Sejujurnya, saya langsung tak menyangka saya tersingkir pada minggu ini. Namun, saya terimanya dengan hati terbuka kerana inilah AF yang penuh dengan kejutan.
"Tentang komen pengkritik tu, saya rasa memang penonton sekarang sedikit terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh pengkritik. Namun, saya tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini. Yang penting, saya terima saja rezeki saya sampai di sini saja," katanya kepada murai.com.my.
Dalam pada itu, Afif menyangkal dakwaan kegagalan kali kedua menyertai program realiti TV adalah penghalang baginya untuk terus mencipta nama sebagai artis.
"Memang saya sebelum ini pernah gagal dalam sebuah program realiti TV dan kini saya pun gagal untuk merebut gelaran sebagai juara AF9. Namun, gagal bukan bererti saya tidak boleh meneruskan cita-cita saya untuk menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai.
"Selepas ini, saya akan tetap menjadi penyanyi dan melancarkan single saya. Dalam simpanan saya, saya sudah pun mempunyai single duet bersama dengan bintang AF4 iaitu Salima. Setakat ini, sepanjang menjadi artis realiti, saya masih belum menerima tawaran sebagai pelakon.
"Buat masa sekarang ini, apa yang boleh saya katakan adalah saya mahu doakan kawan-kawan saya semua yang masih tinggal agar dapat menerima sebarang cabaran yang datang. Tentang siapa juara AF9 pilihan saya, saya merasakan Hazama dan Fina yang layak memegang gelaran tersebut," jelasnya yang sering sakit gigi setiap kali mengadakan persembahan.
~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan