Namanya sudah lama dikaitkan bercinta dengan aktor Remy Ishak namun setiap kali ditanya pastinya pelakon wanita jelita, Tizz Zaqyah menafikan tentang khabar angin itu, apatah lagi pasangan ini sering kelihatan keluar bersama. Bosan dan menganggap cerita cinta merupakan privasi dalam hidupnya, Tizz berharap kenyataannya kali ini merupakan jawapan terakhir daripadanya tentang pertanyaan itu. “Sejak drama Nur Kasih lagi ramai yang berharap saya dan Remy menjadi seperti Nur Amina dan Adam, mereka keliru antara drama dan realiti. “Keserasian kami hanya di dalam drama dan filem Nur Kasih, di luar lokasi kami hanya kawan. Tidak semestinya kami berkawan, berdua-dua, kami akan berkahwin. “Saya tidak mahu bercerita tentang cinta melebihi kerjaya, saya akan beritahu bila saya nak kahwin, tapi tidak mahu bercerita tentang cinta. Saya harap ini kali terakhir saya menjelaskan bahawa saya tiada apa-apa hubungan dengannya,”jelas Tizz. Bercerita tentang wataknya sebagai Nur Amina dalam filem Nur Kasih The Movie, menurut Tizz setiap babak yang dilakonkan memberi tekanan kepadanya. “Saya takut tak boleh berikan apa yang mereka mahukan dalam watak Nur Amina, dan setiap babak saya berikan seratus sepuluh peratus keyakinan supaya tidak mengecewakan pengarah. “Alhamdulillah, pertama kali menonton filem ini hari ini saya berpuas hati dan berharap peminat juga dapat menerima filem ini dengan baik,” jelas Tizz. |
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan