018167801 James Durbin

PESERTA program realiti American Idol 10 (AI-10) James Durbin terpaksa melupakan hasratnya untuk mara ke pusingan akhir pertandingan tersebut apabila dia disingkir setelah menerima undian terendah daripada penonton.

James yang mempersembahkan sebanyak tiga buah lagu itu terkejut dengan penyingkiran tersebut memandangkan dia tidak pernah mendapat undian tiga peserta terendah sebelum ini.

Bagaimanapun persembahan James yang sering dikaitkan dengan Adam Lambert telah pendapat pujian daripada barisan pengkritik AI10, Randy Jackson, Jennifer Lopez dan Steven Tyler.

018167803 Scotty McCreery

Pengumuman penyingkiran tersebut telah dibuat oleh hos AI10, Ryan Seacrest, Khamis.

Menerusi penyingkiran tersebut, tiga peserta lain, Lauren Alaina, Scotty McCreery dan Haley Reinhart berjaya ke peringkat akhir untut merebut gelaran juara American Idol.

018167802 Lauren Alaina

Dalam pada itu, turut berada di kedudukan bawah ialah peserta kelahiran North Carolina, Scotty dan Haley, daripada Wheeling, Illinois.

Sebelum acara penyingkiran, James berduet dengan Scotty dengan membawakan lagu Start A Band, nyanyian Brad Paisley dan Keith Urban.

018167819 Haley Reinhart

Manakala Haley dan Lauren pula membawa lagu Gunpowder and Lead, nyanyian Miranda Lambert.

Keempat-empat peserta itu turut bernyanyi bersama menerusi lagu "Don’t Stop Believing" daripada Journey serta "Lovion Potion No.9" (The Clovers).

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top