Selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Juliana Evans, pengacara sensasi program Melodi, Zizan kini digosipkan pula dengan seorang lagi selebriti berwajah Pan Asia, Natasha Hudson. Gosip ini timbul gara-gara kelibat pasangan ini kerap dilihat dalam beberapa buah majlis hiburan yang sama sejak kebelakangan ini.

Berkesempatan menemui janda cantik beranak satu ini di majlis sesi ramah mesra drama "Bait Cinta" di Sri Pentas, semalam

"Saya memang ramai kawan. Saya dan Zizan cuma kawan biasa sahaja, tak lebih daripada itu. Kami nampak rapat disebabkan kami diurus oleh pengurus yang sama, Marina Juki."

Tatkala diminta mengulas tentang kehadiran Natasha ke program Maharaja Lawak minggu lalu, pelakon berusia 29 tahun ini menjelaskan bahawa dia hadir kerana memenuhi jemputan.

"Saya datang ke program "Maharaja Lawak" kerana saya dijemput oleh pihak Astro. Lagipun, sebagai seorang artis tidak salah jika saya ingin memberi sokongan kepada rakan artis yang lain."

Tidak berselindung, Natasha dalam pada masa yang sama mengakui senang berkawan dengan pemenang naib juara Raja Lawak Astro musim pertama ini.

"Sebagai seorang kawan, saya dapat lihat Zizan seorang yang berbakat. Dia tidak kisah dengan apa yang orang kata. Zizan juga seorang yang 'humble'. Malah, dia adalah seorang kawan yang sering memberi nasihat kepada saya."

Ditanya tentang kriteria lelaki idaman yang dicari oleh ibu kepada Nessa Helena ini, Natasha memberitahu, dia mencari seorang yang bertanggungjawab dan menghormati wanita.

"Tanya sahaja pada semua wanita, pasti mereka mahukan seorang yang bertanggungjawab, rajin dan ada 'sense of humor'. Begitu juga dengan saya. Kalau boleh saya mahukan seorang yang mengutamakan keluarga, ada pegangan agama dan hormat pada ibu dan orang tua. Kerana bagi saya, jika dia hormat pada ibunya, dia akan hormat pada wanita seluruhnya."

Menyentuh mengenai drama Bait Cinta, Natasha ketika ditemui berkongsi tentang wataknya dalam drama terbaru di slot Ratu itu. Memegang watak sebagai Shahnaz, Natasha mengakui agak sukar membawakan watak tersebut.

"Dalam drama "Bait Cinta" ini, saya memegang watak Shahnaz yang merupakan isteri ketiga kepada Hazri. Berlakon sebagai seorang penghidap penyakit kanser otak, saya perlu bijak bermain dengan emosi. Penghayatan yang lebih mendalam diperlukan demi merealisasikan watak Shahnaz," katanya yang sanggup tidak tidur malam untuk menhayati watak Shahnaz.

"Sebelum saya datang ke set, saya sengaja untuk tidak tidur. Saya tahu, jika saya penat, emosi nak menangis tu 'naturally' datang sampai susah saya nak berhenti menangis. Bagi saya, watak Shahnaz lah yang akan memberi impak besar kerana ia adalah klimaks untuk drama ini. Drama ini sangat berguna dan sesuai untuk tontonan masyarakat."

Kepada peminat Natasha Hudson, jangan ketinggalan untuk mengikuti drama bersiri "Bait Cinta" yang akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 17 Mei 2011, di TV9.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top