Datuk Khatijah Ibrahim atau nama pentasnya Khaty, kebiasaannya pada setiap kali bulan puasa dia akan sibuk memasak di restoran miliknya, Khatijah’s Kitchen yang terletak di Jalan Bukit, Petaling Jaya, Selangor.

Tahun ini katanya, sebanyak 40 menu termasuk rendang tok, kambing tomato, ikan panggang kuali, terung goreng telur dan sambal serta kuih kasui bakal menghiasi menu restorannya.


“Tahun ini macam tahun-tahun sebelumnya, Khatijah’s Kitchen ada menyediakan bufet Ramadan. Antara menu yang akan disediakan untuk bulan puasa tahun ini ialah rendang tok dan daging dinding,” katanya.

Adik kepada Latiff dan Sophia Ibrahim itu juga membuat tiga jenis biskut raya iaitu Almond London, tat nanas dan cornflake untuk dijual kepada rakan-rakannya sahaja.

Walaupun sibuk dengan restorannya, ibu kepada sepasang anak itu akan tetap menyediakan juadah berbuka untuk anak-anaknya. Namun, bila menyentuh mengenai bersahur pula, kata Khaty, jika bersahur dia tidak boleh makan terlalu banyak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top