TV3 muncul dengan beberapa lagi program berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran antaranya:

Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara - (4 episod)

Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos

Selepas sambutan di luar jangkaan untuk musim pertama yang lalu, dokumentari istimewa ‘Dari Masjid Ke Masjid’ kembali bersiaran menerusi musim terbaru bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk menghayati keindahan aspek seni bina masjid-masjid di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Di sebalik peranannya sebagai tempat beribadah bagi golongan minoriti yang beragama Islam di negara-negara tersebut, ikuti kisah-kisah unik, sejarah dan adat resam penduduk tempatan. Program ini telah memberi perspektif baru kepada pelancongan ibadah setiap muslim yang berkunjung ke negara-negara bukan majoriti Islam.

Kalamullah - versi 30 min setiap hari, jam 5.30pagi

Versi 5 minit setiap hari jam 8.55pagi; Isnin - Khamis jam 2.55 petang & Jumaat – Ahad, jam 4.50ptg.

Bacaan surah beserta tafsirnya oleh Ustaz Tarmizi dan wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran.

Kias Ramadan – (4 Episod)

Setiap Rabu, jam 11.00malam, mulai 3 Ogos

Mari memupuk kesedaran dalam mengumpul amalan sepanjang bulan Ramadan dengan berkongsi 12 dosa-dosa manusia yang biasa dilakukan sepanjang bulan mulia seperti sikap tamak dan kedekut, tabiat mengumpat, amalan berponteng puasa, menipu dan terlalu ikutkan nafsu.

Turut dipaparkan ialah sikap boros, berpura alim kucing, sedekah, anak derhaka termasuklah perasaan dendam dan dengki menerusi cerita ringkas (mini drama) yang dilakonkan oleh artis-artis tanahair seperti Radhi Khalid, Imuda, Sabri Yunus, Johan As’ari (Juvana), A R Badul, Ako Mustapha, Tania Hudson dan ramai lagi. Program yang dihoskan oleh Zainal Ariffin Haji Ismail ini turut menampilkan pelbagai watak dan kisah benar dan releven dari spektrum kehidupan masyarakat sekeliling.

Iktibar

3 Ogos & 10 Ogos (Rabu) jam 11.30malam

Pernahkah anda terfikir bagaimana umat Islam yang ditimpa musibah terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan menjelang Hari Raya? Ketika umat Islam sedang berpuasa dan sibuk melakukan persiapan untuk sambutan Hari Raya, bagaimana pula dengan nasib mereka yang ditimpa kemalangan dan kehilangan insan tersayang atau harta benda?

Antara paparan kes termasuklah Puan Saleha yang kehilangan suami akibat bencana ribut di Bazaar Ramadan Jasin, Melaka, tragedi kematian akibat mencari buluh dan kemalangan jalan raya di Ijok yang mengorbankan seorang ayah dan anak perempuan sementara ibu bersama 2 orang anak terselamat dari kejadian tersebut. Ikuti kisah penderitaan ahli keluarga yang terlibat selain dari redha dengan kematian demi meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top