TV3 telah menganjurkan majlis anugerah khas untuk mengiktiraf bakat-bakat cilik yang mewarnai dunia hiburan tempatan. Majlis yang penuh warna-warni ini telah berlangsung dengan penuh meriah di Sunway Lagoon Amphitheater, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Seperti dijangka watak kartun animasi Upin & Ipin serta pelakon berbakat besar Fimie Don menang besar pada majlis itu dengan masing-masing mengaut dua anugerah. Turut menerima anugerah adalah Mia Sara Nasuha dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik.

Majlis yang dipancarkan secara langsung di TV3 ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular seperti Aizat, Caprice dan Nik Irfan, Harrris (Idola Kecil 3), Dayana (Idola Kecil 2) serta tarian kebudayaan dari Sekolah Seni Johor Bahru.

Berikut adalah senarai penuh pemenang edisi sulung My Kids Awards 2011 :

1) Pelakon Kanak-Kanak Perempuan Terbaik - Mia Sara Nasuha
2) Pelakon Kanak-Kanak Lelaki Terbaik - Fimie Don
3) Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular - Dayana (Idola Kecil 2)
4) Penyanyi Kanak-Kanak Lelaki Popular - Azzam (Idola Kecil 2)
5) Watak Animasi Paling Comel - Upin & Ipin
6) Program TV Paling Hebat - Upin Ipin
7) Pengacara Paling 'Cool' - Fimie Don (Berita Adik)
8) Pengacara Paling Hot - Aznil Hj. Nawawi
9) Artis Paling 'Cool' - Bunkface
10)Idola Terhebat - Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Pemenang My Kids Awards 2011

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top