Pelakon, Nadia Mustafar menerima keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang mengarahkan dia untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati.

Nadia redha dengan keputusan itu dan akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah berhubung keputusan itu.

Nadia Mustafar

"Pihak mahkamah telah menyatakan saya salah dalam kes itu dan saya terima keputusan itu tetapi saya mempunyai untuk membuat rayuan dengan keputusan itu," ujarnya.

Menurut Nadia, dia mempunyai dua minggu untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes itu dan akan melakukannya secepat mungkin.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Lisdawati, Nadia memberitahu dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan aktres itu.

"Saya masih bersalam dan senyum kepadanya jika bertemu di mana-mana majlis tetapi tidak bersembang dengannya," katanya ringkas.

Terdahulu, pada Isnin, Nadia diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia yang membintangi filem Zombie Kampung Pisang untuk membayar faedah pada kadar empat peratus bermula daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian kes.

1 ulasan:

  1. Ηеуa i'm for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it helped me out a lot. I hope to give something back and aid others like you helped me.

    Take a look at my site Galaxy Note 2
    Here is my blog -

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top