Malam Kasih Ibu

Sempena meraikan sambutan Hari Ibu, Sharifah Aini melalui syarikat Seri Dewi Production Sdn. Bhd., bakal mengadakan persembahan untuk menghibur golongan ibu dan para peminat tercinta.

Sharifah Aini akan menjayakan persembahan Malam Kasih Ibu di Hotel Royale Chulan, pada 12 Mei depan.

Pada persembahan tersebut,Sharifah Aini akan diiringi oleh dua pemuzik dan empat penyanyi latar.

"Ini adalah projek pertama syarikat Kak Pah dalam penganjuran persembahan untuk Hari Ibu. Sebelum ini Kak Pah diundang untuk menjayakan persembahan sebegitu.

"Kak Pah tidak kisah kalau ada pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan persembahan Hari Ibu, tapi bukan di Kuala Lumpur. Rasanya tidak manis kalau Kak Pah buat dua persembahan di ibu kota. Kalau luar dari Kuala Lumpur, Kak Pah memang bersedia," katanya terus terang.

Menurut Sharifah Aini, pada persembahan Malam Kasih Ibu, dia akan mendendangkan sekurang-kurangnya 27 buah lagu untuk para peminat setianya.

Katanya, tiket-tiket untuk program tersebut dijual pada harga RM5,000 dan RM2,500 untuk satu meja.

"Pada Kak Pah, harga itu berpatutan dan tidak boleh nak turunkan lagi harga. Kalau orang perseorangan nak beli, ada dijual tiket berharga RM500 dan RM250 untuk satu kepala.

"Seperti persembahan-persembahan sebelum ini, Kak Pah akan cuba dendangkan seberapa banyak lagu yang termampu. Kak Pah boleh nyanyi sampai ke pagi demi peminat yang sentiasa memberi sokongan pada Kak Pah selama ini," katanya.

Bagi yang berminat untuk menonton dan menempah meja untuk persembahan Malam Kasih Ibu boleh menghubungi Shamim di talian 019-3488054 untuk keterangan lanjut.

1 ulasan:

  1. Jangan lupa untuk bersama-sama Dato di Johor Bahru pada 19hb. Mei, 2012. Sambutan Hari Ibu juga. Hi-tea. RM 100.00 and RM 150.00 seorang sahaja...

    Kalau berminat boleh call 019-7757531

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top