Tiket-tiket berharga RM100 dan RM120 boleh didapati dengan menghubungi talian 019-9412345 (Dino) atau 019-6249443 (Faiz). Para peminat akan menyaksikan persembahan empat gitaris terlibat mengadakan persembahan yang keseluruhannya mengambil masa dua jam bersama lagu-lagu instrumental selain beberapa lagu nyanyian penyanyi undangan mereka.
Layari laman Facebook dan Twitter “Konsert G4” untuk keterangan lanjut. Konsert berkenaan dianjurkan RK Polaris.
Facebook: http://www.facebook.com/konsertG4
“Konsert ini adalah peluang kami empat gitaris ini untuk berkongsi pentas buat julung kalinya. Jika selama ini peminat muzik tanah air hanya melihat kami menerusi kumpulan masing-masing tetapi pada konsert ini kami akan tampilkan aksi berbeza.Yang pasti, kami tidak akan bawakan lagu-lagu popular kumpulan kami, sebaliknya akan mempersembahkan lagu-lagu baru dan antarabangsa,” kata Joe Wings
Konsert G4: Petikan Legasi @ KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (30/9/12)
When: 8.00pm, Sunday, Saturday, 14th July 30th September, 2012