Sinopsis Into The Storm 

Filem Into The Storm mengisahkan mengenai sekumpulan penjejak puting beliung yang turut menyelitkan beberapa kisah lain bagi menggambarkan situasi di bandar Silverton dengan kehidupan harian penduduknya.

Pete, seorang lelaki yang gilakan puting beliung sehingga sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan rakaman menarik mengenai fenomena alam itu bagi meraih keuntungan. Bekerjsama dengan Allison Stone sebagai orang kanannya yang juga penyelidik fenomena itu, mereka dibantu oleh dua jurukamera, Daryl dan Jacob.

Gary Morris ialah seorang guru di sebuah sekolah di bandar terbabit yang memiliki dua anak lelaki, Trey dan Donnie. Kedua-dua anaknya itu ditugaskan merakam majlis konvokesyen pelajar sekolah terbabit, namun, Donnie yang jatuh cinta kepada Kaitlyn menemani gadis terbabit menyiapkan tugasannya di sebuah kilang kertas terbiar.

Situasi cemas berlaku apabila lebih dua puting beliung terbentuk dan melanda kawasan terbabit secara serentak menyebabkan Gary risau mengenai keselamatan Donnie dan Kaitlyn.

Cuba menjejaki anaknya itu, Gary bersama Pete dan Allison menempuh laluan sukar ke kilang kertas terbabit. Penuh adegan mencemaskan dan mendebarkan, kemuncak penceritaan apabila semua mereka terperangkap di dalam salur pembetung bagi menyelamatkan diri daripada puting beliung yang besar dan ganas.

INTO THE STORM

- Pengarah: Steven Quale

- Genre: Aksi/ngeri

- Tayangan: Mulai 7 Ogos 2014

- Pelakon: Richard Armitage, Jeremy Sumpter, Sarah Wayne Callies

- Klasifikasi: P13

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top