Zizan Razak Akui Tertekan Disaman Setengah Juta

Zizan akui tertekan selepas mengetahui bekas pengurusnya, Marina Juki menghantar tindakan guaman terhadapnya.

Zizan Razak berkata dia hanya mengetahui tentang dirinya disaman selepas media melaporkan tentang perkara tersebut.


"Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan melalui media pada malam kelmarin.

"Saya merasa sedih dan kecewa apabila individu ini berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya," katanya.

Tambahnya lagi, dia kini tertekan kerana tindakan guaman yang dikenakan ke atasnya di saat dia sedang sibuk pelbagai tugasan.

"Saya berasa benar-benar tertekan kerana ianya dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan sepenuh perhatian," ujarnya.

Bagaimanapun Zizan enggan mengulas lanjut tentang saman terhadapnya itu dan menyerahkan segala-galanya kepada peguam.

"Memandangkan hal ini merupakan sesuatu yang berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani menyuarakan pandangan saya lebih daripada ini.

"Saya serahkan segala-galanya kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik.

"Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak," katanya mengakhiri perbualan.

Terdahulu, bekas pengurus yang juga rakan kongsi Zizan, Marina Juki telah memfailkan saman terhadap Zizan (defendan) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu dan telah menuntut ganti rugi lebih RM500,000. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top