Stacy belajar berpuasa pertama kali
Penyanyi Stacy mengakui bahawa dia kini sedang belajar untuk berpuasa.
Bagaimanapun menurut Stacy, atas faktor kesihatan dia baru sahaja dapat berpuasa selama dua hari.
“Setakat ini saya baru dapat berpuasa selama dua hari saja kerana saya kurang sihat dan mengalami batuk serta selsema.
“Tahun ini merupakan kali pertama saya belajar berpuasa dan rasanya sangat lain lebih-lebih lagi apabila tiba waktu berbuka,” katanya.
Tambah Stacy lagi dia juga turut berkunjung ke rumah keluarga Akim untuk bebruka puasa bersama ibu bapanya.
"Saya turut berkunjung ke rumah Akim untuk berbuka puasa bersama ibu bapanya. Jika ada jodoh antara saya dan Akim, adalah.
“Lagipun puasa juga dapat membantu dari segi kesihatan juga," ujarnya.
Selain itu, pelatun lagu itu juga mengakui Akim banyak memberi dorongan dan sokongan kepadanya ketika berpuasa.
Sumber: BH Online

0 ulasan:
Catat Ulasan