Lirik Lagu Tinggallah Mustika Hati - Kartina Dahari

Tinggallah mustika hati
tinggallah kau seorang diri
sungguh berat ku mencerai diri
belum tentu jumpa lagi

Menyahut seruan pertiwi
membela kedaulatan negeri
janganlah kau kelak menyesali
berputus asa di hati

Doakan ku pergi
tiada aku gentar hati
biar teguh berani
dari undur biar mati

Tinggallah intan mustika
pada bayu ku kirim pesan
andai ku tiada lagi di dunia
jangan nanti kau kesalkan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top