SleeqLirik Lagu Selamat Malam - Sleeq

Ku masih lihat wajahmu,
kau terperangkap diminda ku,
suaramu memang ku rindu,
kini hilangnya semua itu.

Masih ku ingin meluahkan,
perasaanku yang ku simpan (dalam hati),
tapi masa terlalu singkat,
tak sempat memberitahunya segalanya.

Korus
Selamat malam,
selamat malam,
ini kali terakhir ku ingin mengucapkan padamu kasih,
takkan dapat katakan,
selamat tinggal sayang

Rap

Selamat pagi pada
cinta ku yang pertama,
ku tidakkan percaya,
keinginan ku berjaya,
tuk mendapat mu di sisiku,
siapa yang cuba memisahkan kita akan di siku,
cinta kita harum walaupun beberapa tahun bersama,
cinta kita masih rasa baru,
tapi tu dahulu,
masa sudah berubah,
secara individu,
masa yang menyebabkan perpisahan kita,
aku minta kau jangan risau di minda,
aku tidak berbohong berita itu fitnah,
ku telah menyerah hatiku padamu,
mereka hanya ingin ambil mudah;
dan mereka telah berjaya,
pasti gembira,
hati ku tak senang,
kini kau tiada ku terpaksa ucapkan selamat malam sayang.

(ulang korus)

Ku cuba lari dari kamu,
lengah sungguh masa berlalu,
tanpamu,
nanti hidupku,tak bisa ku nyatakan kau takkan kembali lagi.

(ulang korus)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top