Dengan sekali lafaz, Norman Abd Halim,37, sah menjadi suami kepada Shireen Mardziah Hashim, 44. Jurang umur tujuh tahun bukanlah penghalang untuk mengikat kasih apabila hati sudah terpaut.

“Kematangan Shireen menangani masalah dan tak banyak bagi gangguan membuatkan hati saya nekad memilihnya sebagai isteri.”


“Sebenarnya kami merancang untuk berkahwin sejak lapan bulan lepas namun tak jumpa tarikh yang sesuai. Saya memang saja memilih angka menaik seperti 07.08.09 dan kebetulan tarikh ini jatuh pada hari Jumaat,” kata Norman sambil mengukir senyuman.

Mengikut perancangan, pasangan ini ingin mengadakan majlis pernikahan di Australia berikutan dengan suasananya yang aman dan tenang tanpa gangguan, namun memikirkan sanak saudara dan sahabat di Malaysia, mereka akur untuk bernikah di Kuala Lumpur.

“Norman ikhlas dan memahami saya” jelas Shireen ringkas mengenai suaminya itu dan lebih banyak tersenyum sepanjang sesi temuramah. Shireen dilahirkan di England dan banyak menghabiskan masa di luar negara sejak kecil.

Majlis serba ringkas tapi penuh bermakna ini berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dengan dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat. Norman dinikahkan sendiri oleh bapa Shireen, Mohamad bin Hashim.

Shireen yang anggun berkebaya putih menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pihak pengantin lelaki dengan mas kahwin sebanyak RM3,000. Bagaimanapun wang hantaran tidak diberikan kepada pihak pengantin perempuan.

Norman merupakan Presiden dan CEO KRU Berhad mula berpacaran dengan Shireen dua tahun lalu sejak wanita itu mula memasuki syarikat trio adik beradik berkenaan dengan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kepada KRU International.

Perkahwinan ini adalah kali pertama untuk Norman dan kali ketiga bagi Shireen. Pasangan ini akan berbulan madu di New Zealand pada 8 Ogos dan dijangka pulang pada 15 Ogos nanti.

Semoga pernikahan ini mendapat berkat dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Sumber: Mangga

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top