Musim baru Gadis Melayu 2 mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans.
Peserta Gadis Melayu musim ke-2 ialah Norfarizan Mohamad, Shazfinaz Hashim, Hafiza Bustanul Ariffin, Hazlin Hussain, Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, Nadiah Adrianna Mohd Akbal, Putri Noor Nawal Ramlan, Rahimah Ibrohim, Robeaha Ramza, Siti Sharinnie Rizal, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin dan Raja Nor Juliana.
Rancangan realiti selama sejam ini memaparkan pelbagai aksi dan cabaran yang berbeza pada setiap minggu.
Cabaran-cabaran ini terdiri daripada penampilan diri, kecantikan, kebijaksanaan, keperibadian, kebolehan berkomunikasi, asas sains rumah tangga dan seni serta budaya.
Kesemua ini penting untuk memastikan pemenang benar-benar layak menjadi ikon kepada Gadis Melayu serta menjadi inspirasi kepada mereka untuk mewarisi budaya dan tradisi orang Melayu.
Namun begitu, kelainan yang cuba ditonjolkan pada musim ini adalah elemen tradisional seorang gadis Melayu dan elemen moden bersesuaian dengan zaman sekarang.
Penerbit Rancangan Gadis Melayu 2, Shukri Ibrahim berkata, pencarian gadis Melayu pada kali ini bukan sekadar mengetahui budaya Melayu semata-mata, malah turut diuji dari segi kebijaksanaan, kreativiti, serta mempunyai pengetahuan am.
"Mereka juga akan diuji dengan pelbagai aksi lasak sesuai dengan ciri-ciri gadis Melayu zaman sekarang walaupun berpegang kuat pada adat ketimuran, mereka juga tegas, berkeyakinan dan serba boleh.
"Seiring dengan konsep baru TV9 yang lebih urban, pencarian Gadis Melayu pada kali ini mengutamakan aspek gadis Melayu yang kontemporari, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik di samping tidak mengabaikan tata susila dan keayuan sebagai seorang gadis Melayu," ujarnya pada sidang baru-baru ini.
Antara cabaran yang akan dilalui ialah, para peserta akan disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.
Bagaimanapun, sekiranya wang tersebut tidak mencukupi, mereka haruslah pandai mencari dan memetik sendiri ulam-ulaman yang hendak disediakan.
Secara tidak langsung, tugasan ini akan menguji para peserta sama ada mengenali ulaman kampung atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, karakter merupakan perkara sebenar yang dicari dan kerana itu, para peserta haruslah memiliki karakter diri serta bakat dan personaliti tersendiri.
Dari segi pemarkahan untuk setiap tugasan yang diberikan, 50 peratus datangnya daripada undian penonton dan 50 peratus lagi akan dinilai oleh juri jemputan yang berbeza dalam setiap episod.
Tambah Shukri, antara perbezaan yang ditonjolkan pada musim ini, konsep imuniti diperkenalkan iaitu peserta yang berjaya memenangi cabaran pada episod itu akan dikecualikan daripada dibuang pada akhir rancangan.
Menurutnya, ia diwujudkan untuk menambah daya saing antara peserta dan menjadikan rancangan ini lebih menarik.
bukan nya lirik tapi berita
BalasPadamtu la..sy nak cr lagu tema gadis melayu tv9 ni sbnrnya..mn nak dpt ek coz sy x tau tajuk lagu dan penyanyi nya siapa.
BalasPadam(ariana)
.. WARISAN HIBURAN SENSASI..
BalasPadamKaer - Menjelma
BalasPadamJari jemari
Menyusun tari, indah pesona
Tiada tandingannya
Dikaulah puteri yang bersemadi
Dihati ini, namun hadirmu
Kan tetap jadi misteri
Di malam yang sepi kau hadir menjelma
Memukau pandangan
Mungkinkah ini nyata
Di malam yang sepi keu hadir menjelma
Ku tersenyum lalu tergoda
Khayalanku kan bersamamu
Menyulam cinta di hatiku
Bayangan mu yang menghantui
Biar bersama
Sinar rembulan mengiring tari
Dibawah pohon rendang menyeliputi
Puteri misteri
Zaman berzaman memukau alam
Setiap langkahmu buat ku tertanya
Di balik awan kan daku berlari
Memetik bingtang yang berseri
Kan ku mengabdikan
Menjadi lambang cinta
tq,lme dh cri lgu tema gdis mlyu,bru jmpe tjuk,he3
BalasPadam