Lirik As Sahar - Bolehkah Menafikan Mati

Dikerumuni para pembesar negara
gemerlapan mahkota atas kepala
sedangkan sedemikian pun ajal tiba
betapa lemahnya manusia

seluruh sendi terasa sakit
wajah berubah menjadi pucat lesi
hilanglah segala gagah perkasa
hilanglah wibawa yang digeruni dan dihormati

masihkah kau sangsi
akan kuasa yang ada

pergilah bersembunyi
dilapisi jutaan gunung
binalah empayar di lautan
bolehkah kau menafikan mati?
layu tubuh pun kau masih berdaulat
bolehkah kau menafikan mati?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top