Lirik Lagu Patriotik Permainya Bumi Malaysia - ROY

Sungguh permai bumi bertuah
tanah tempat ku dilahirkan
pemandangannya indah
tetap tak menjemukan

Dinaungi payung mahkota
rakyat bahagia berbilang bangsa
negara makmur sejahtera
kaya hasil buminya

Megah berdiri Gunung Kinabalu
gambaran cita cita
teguh gagah Banjaran Titiwangsa
lambang semangat jaya

Pembangunan desa dan kota
kebanggaan rakyat jelata
negaraku Malaysia
nama harum di dunia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top