Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan

Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga Tanjung itu meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah rakan-rakan artis iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Hail Amir, Uji Rashid, Salwa Abdul Rahman, Ziela Jalil, Datuk DJ Dave dan Nassier Wahab.

Semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, anak tunggalnya, Aliff Omar, 33, turut berada di sisi.

Al Fatihah buat Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati ALLAH SWT di bulan ramadhan yg mulia ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top