Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

Ku sambut suratan
Penuh rindu dendam
Menyusur naungan masa
Lambaian kelam asmara

( korus )
Di sana dikau bertamu
Di sini aku beradu
Hujung pasrah ku bertandang
Lena bersama rahsiamu

Usah biarkan ia ditelan masa
semalaman menghitung kelewatan
Semoga hati kita bisa mengerti
Walaupun hanya sekelip mata

Angin bisikan khabar kasih dan sayang
Leraikanlah mimpi malam yang sama
Di jiwaku namamu gemerlapan
Abadinya suatu pengorbanan

( ulang dari korus )

Yang ku nanti-nanti
Keindahan mimpi
Bertaut mata dan raga
Siratan mahligai usang...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top