Lirik Suratan - Alleycats

Ada sepucuk warkah
Dalam riang aku terima
Dari sekeping hati yang kupuja

Diselitkan setangkai mawar
Yang merah merkah oh warnanya
Tapi sayang telah layu pun ia

Kau tanya kepadaku mengapa
Aku merayu
Kau tanya kepadaku mengapa
Aku mengganggu...oh..oh..ohhhh

Bukankah kau yang dulu
Mengharapkan kasihku
Setelahku serahkan
Dikau membisu

Tapi mengapa kini
Kau kata yang kau benci
Setelah jiwa raga ku korbankan
Untukmu

Sampul warkahmu indah
Tapi isinya hampa
Haruskah ku terima
Kesan yang tergambar ini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top