|
Tapi itu bukanlah tanda dia tidak lagi popular. Amy menjadi pilihan banyak produk yang menggunakan wajahnya sebagai kempen mereka. Terbaru Amy dilantik pula sebagai duta produk kecantikan jenama terkenal, Kose.
“Sejak menggunakan Kose, saya lihat ada perubahan pada wajah saya dan ternyata ia amat sesuai dengan kulit saya.
Makin suram? Amy juga tidak melenting apabila ada yang mengatakan kerjaya seninya semakin hari semakin suram. Ada juga drama dan filem lakonannya, tetapi ia tidak begitu ketara sebagaimana suatu masa dulu. Lagu baru juga dah lama tak kedengaran. Agaknya kerana itulah ada yang nampak Amy semacam semakin menjauhkan diri daripada aktiviti seni. “Saya masih dapat tawaran menyanyi dan berlakon. Saya masih aktif macam dulu cuma sedikit selektiflah. “Untuk lakonan, kalau masanya pendek sekitar semingu mungkin boleh saya terima. Saya juga memilih watak yang sesuai dengan diri dan masa saya sekarang. “Selain sibuk aktiviti sebagai duta produk, saya juga perlu meluangkan masa untuk membesarkan dua anak perempuan saya,” kata Amy. Amy juga masih belum mahu bersara sebagai penyanyi dan tidak pernah fikir ke arah itu. Sementelah dia masih bernaung di bawah bumbung Sony Music dan masih terhutang satu album bersama syarikat rakaman itu. |
# Selingan berita hiburan dan berita menarik yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan