Peserta Idola Kecil 3, Afif, Angel dan Farra yang gagal meneruskan perjuangan ternyata sedih menerima keputusan tersebut sehingga tangisan terbawa-bawa ketika sesi temu ramah diadakan.

"Saya terkilan dan menyesal sebab sudah sampai ke minggu keenam tetapi tidak dapat masuk final. Bagaimanapun, saya reda dengan keputusan Tuhan.

"Dari segi persembahan pada malam ini saya sudah buat yang terbaik dan mungkin rezeki tidak memihak pada saya," kata Afif dengan nada sayu.


Bagi peserta genit, Farra, biarpun sedih dengan keputusan tersebut namun, dia berazam untuk terus mencuba dalam pelbagai pertandingan nyanyian selepas ini.

"Saya tidak sangka tersingkir sebab sudah buat yang terbaik. Namun, saya akan mencuba pula untuk menyertai pertandingan lain. Mungkin di sini bukan rezeki saya.

"Kepada kawan-kawan yang berjaya saya nak ucapkan selamat berjaya. Nanti jangan lupa pada kami yang tidak berjaya. Bila sudah menang nanti janganlah berbangga diri dan mesti ingat sampai bila-bila," kata Farra.

Sementara itu, Angel yang turut mengalirkan air mata ketika di temu ramah menyatakan bahawa dia sesungguhnya berbangga kerana dapat sampai ke minggu yang keenam.

"Selama enam minggu dah belajar banyak perkara dan sudah lakukan yang terbaik dalam persembahan," katanya yang menyampaikan lagu Pakai Buang daripada Stacy minggu lalu.

2 ulasan:

  1. kepada afif,angel,farra,adiba,deera jangan sedih...bagi saya awk semua memang best!!!!!sgt saya akan tetap sokong awk semua....

    BalasPadam
  2. kepada angel,saya harap angel dapat masuk mana-mana pertandingan nyanyian dan jadi juara......

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top