Monodrama Rebab Berbisik pernah dipentaskan sebelum ini. Persembahan lakonan solo Rosnan Rahman mendapat kritikan membina. Agaknya sebab itulah ia akan dipentaskan lagi. Kali ini di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 April depan. Rebab Berbisik mengisah emosi Pak Su Mat, seorang pencinta seni Makyung. Pak Su dan isterinya, Mek Ning, yang merupakan seorang Primadona Makyung yang terhandal pada zaman kegemilangan Makyung sewaktu dahulu. Sekarang setelah Mek Ning sudah tiada, Pak Su terpaku memikirkan siapakah yang akan beliau wariskan seni tersebut. Pak Su dan Mek Ning mempunyai dua orang anak lelaki yang tidak menghargai seni warisan itu. Monodrama Rebab Berbisik turut mengupas konflik dan dilema kedua-dua anak si Pak Su Mat dan Mek Ning iaitu Mimi dan Azri. Kenapakah mereka menolak untuk mempelajari seni Makyung? Mereka ada alasan tersendiri. Pencinta Makyung kontemporari, Rosnan Rahman akan membawa kesemua empat watak secara monodrama. Rebab Berbisik adalah hasil karya dan arahan Rahimidin Zahari. Tiket-tiket berharga RM32 dan RM52 kini sudah mula dijual. |
# Selingan berita hiburan dan berita menarik yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan