Katanya, dia sendiri hairan dan tidak mengerti apa motif pihak berkenaan menyebarkan fitnah kepada pihak media.
Laporan gosip itu antara lain menyebut insiden berlaku ketika dia menyertai program Jelajah 20 Tahun Harian Metro ke Kuantan pada 20 Februari lalu.
Selepas persembahan di Kuala Terengganu, rombongan termasuk dia singgah di Pusat Karaoke Xanax di Kompleks Teruntum, Kuantan.
Ketika di sana, Ana dikatakan dibawa masuk ke bilik VVIP untuk diperkenalkan kepada beberapa tetamu VIP namun dia lekas-lekas mahu keluar dari bilik itu.
"Come on… Saya dah letih nak layan semua ni. Dengan panasnya kat sini. Jomlah kita blah!" Begitu antara ayat-ayat yang kononnya keluar daripada mulut Ana kepada seseorang yang bersamanya.
Lalu apabila bertemu Ana pada siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) di Kuantan Parade, hujung minggu lalu, Ana memberi penjelasan kepada wakil Rap.
"Saya tidak tahu agenda dan motif individu terbabit yang dikatakan peminat saya.
Sebagai seorang wanita dan artis, saya sentiasa cuba menjaga tingkah laku di majlis orang.
"Tak pernah pun saya mengeluarkan kata-kata sedemikian. Apabila timbul isu ini, keluarga turut menghubungi saya untuk mendapat penjelasan. Begitupun selepas memaklumkan keadaan sebenarnya keluarga memahami dan memberi kata semangat kepada saya.
"Sebenarnya, saya dibawa masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan asap rokok. Untuk tidak menghampakan permintaan orang, saya cuba juga masuk ke situ. Begitupun, saya tidak dapat duduk di dalam bilik itu lama-lama kerana sesak nafas. Saya ada asma. Kerana berasa sangat tidak selesa, saya terpaksa keluar daripada bilik berkenaan," katanya.
Pegawai Perhubungannya, Izwan Mohammad Dan yang sering bersama Ana turut mendakwa kenyataan itu tidak berasas sama sekali. Sebagai individu yang sentiasa bersama Ana di mana jua, dia kesal Ana dituduh sebegitu.
"Peluang berkunjung ke Kuantan sekali lagi minggu lepas memberi kesempatan kepada Ana untuk mendapat penjelasan daripada pihak yang mendakwa mengenai kenyataan. Begitupun kenyataan yang disampaikan sumber berkenaan ternyata bercanggah. Kami meminta individu berkenaan untuk mengemukakan bukti.
"Malah sumber berkenaan memaklumkan dia hanya mendengar keluhan itu daripada seorang peminat yang tidak dikenali. Sedangkan menurut laporan dalam Bi-Pop, kenyataan itu datang daripada dirinya.
"Kami tidaklah mahu mengeruhkan keadaan atau menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi majlis ini membabitkan pihak akhbar dan penaja. Bagi kami itu semua adalah salah faham semata-mata," katanya.
Sementara itu Fazli turut menafikan dakwaan dia melenting pada majlis itu. Begitupun katanya jika tidak suka, dia akan memaklumkan secara baik.
"Ketika itu semua orang termasuk pihak penganjur tahu saya demam dan batuk dengan teruk. Dalam keadaan tidak sihat adalah tidak sesuai saya berada dekat dengan tetamu VIP. Mungkin individu berkenaan terasa hati apabila saya menolak pelawaannya untuk duduk di meja depan.
"Kalah saya ada salah dan silap kepada sesiapa, saya mohon maaf. Namun untuk bersikap melenting bukanlah cara saya. Saya harap ia dapat menjelaskan salah faham yang berlaku," ujarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan