Sempena meraikan sambutan ulangtahun yang ke-125, jenama kecantikan dan rangkaian jualan langsung terkemuka dunia, AVON kini memperkenalkan haruman eksklusif terbaru khas buat wanita masa kini.
Herve Leger Femme, haruman dari kayuan dan flora ini direka khas untuk wanita yang berkeyakinan tinggi, menggoda dan sofitikated. Ia merupakan kolaborasi pertama AVON dengan jenama fesyen ikonik terkenal dunia, Herve Leger oleh Max Azria.
"Haruman ini mengungkap gaya ikonik Herve Leger, segalanya menyerlah sensualiti sejati,"kata Max Azria selaku pereka dan CEO untuk Herve Leger.
Majlis pelancaran haruman Herve Leger yang diadakan di Hotel JW Marriot, petang semalam turut dihadiri oleh duta jenama wangian AVON iaitu pelakon terkenal, Fazura.
"Saya suka haruman ini. Ia merupakan satu haruman yang sangat unik di mana ia mewakili wanita-wanita yang berkeyakinan, menawan dan elegan. Apa yang istimewanya, ia sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh digunakan tidak kira pagi atau malam,"kata Fazura yang anggun mengenakan gaun 'bandage' rekaan Herve Leger.
Ibarat gaun Herve Leger yang memeluk setiap liku tubuh dengan godaan teranggun, haruman Herve Leger Femme mekar menggoda dengan campuran wangian kayuan dan flora.
Herve Leger Femme diadun dengan campuran Bunga Magnolia Cina, Limau Gedang Merah Jambu Sicili, Bunga Oren Maghribi, Kayuan Bermadu, Titisan Benzoin, Kayu Cypress dan Vanilla.
Haruman ini dibotolkan dalam bekas moden yang melambangkan bentuk ikonik gaun Herve Leger terkemuka, dengan efek balutan 'bandage' yang unik agar dikenali dan diingati saat terpandang rupanya.
Herve Leger Eau de Parfum For Her Spray 50ml baru ini akan dipasarkan bermula 16 Mac 2011. Sebagai promosi pengenalan, setiap pembelian 50ml Herve Leger bernilai RM109.00 (S&S RM125.35) akan mendapat Herve Leger Tote Bag dengan percuma.
Hubungi Wakil AVON anda atau kunjungi Butik Kecantikan AVON terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.
0 ulasan:
Catat Ulasan