“Kepantasanku”, “Janjiku”, “Salahku”, “Cinta Aku” dan “Bukan Di Sini” antara lagu-lagu yang berjaya membantu sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofaz mengukuhkan kedudukan di dalam industri muzik tempatan. Usaha gigih mereka sepanjang hampir lapan tahun tidak sia-sia apabila Sofaz pada hari ini tersenarai antara kugiran paling popular tanahair.

Lewat tahun lepas, dengan kemunculan album keenam, ‘Maaf Dari Hati Mohd Atlas’, Sofaz ingin dikenali dengan nama Sofazr, di mana penambahan huruf ‘r’ itu sebagai mengiktiraf Rodie (keyboard) sebagai ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan lain Sofarz termasuk Shah, One, Fairuz, Aremeer dan Zimi.

Tindakan ini seiring juga dengan langkah penjenamaan semula mereka selepas tamatnya kontrak bersama syarikat lama.

Bermula jam 2 petang esok, jika anda ingin mendapatkan berita perkembangan terbaru Sofazr serta mendengar mereka mendendangkan lagu-lagu hit mereka, jangan lupa layari www.gua.com.my/starchat/






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top