Abhisit berkata, beliau akan mengemukakan perintah pembubaran itu kepada Raja Bhumibol Adulyadej untuk diperkenankan sebelum ke Indonesia petang ini bagi menghadiri satu persidangan ASEAN.
Abhisit berkata, beliau akan mengadakan sidang media Isnin ini sekembalinya dari luar negara dan dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen.
Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari selepas pembubaran. - AP
0 ulasan:
Catat Ulasan