Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Jaafar Baba, berkata gerakan itu kini membabitkan 140 anggota pelbagai agensi termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) serta unit anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Gerakan mencari ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan pencarian hari ini dilakukan bermula dari tempat mangsa hanyut di hutan lipur itu sehingga sejauh kira-kira 6 kilometer menyusuri sungai," katanya ketika dihubungi.
Katanya, usaha mencari turut dilakukan dengan mengorek kawasan berpasir di tebing sungai untuk mengesan mangsa yang dikhuatiri tertimbus.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Nur Syaza Sakinah bersama dua kakaknya, Nur Syaza Alisa, 5, dan Nur Syaza Azira, 3, hanyut dibawa arus deras atau fenomena "kepala air" ketika mandi di kawasan perkelahan itu.
Bapa tiga beradik berkenaan, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 19, sempat diselamatkan orang ramai.
Mayat Nur Syaza Alisa dan Nur Syaza Azira ditemui kelmarin. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan