Hasnah Haron merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Hasnah Haron sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas. Beliau mencipta nama dengan lagu Bersedih.


Hasnah Haron turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.

Lagu-lagu Hasnah Haron:

Bersedih
Sabar Menanti
Aliran Usia
Jauh Dariki
Bintang Pujaan
Mengharap Kasih
Ayah Bonda
Kata Terpendam

Hasnah Haron meninggal dunia pada 1 Ogos 2011 akibat penyakit barah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top