Penyanyi veteran Hasnah Haron meninggal dunia
Penyanyi popular tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Anak beliau, Haslinda Mohd Eunos, 39, berkata, ibunya dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sukar untuk bernafas.


"Bagaimanapun keadaan dia semakin tenat pada pukul 3 pagi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di samping kelima-lima anaknya,” katanya.

Arwah menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu.

Jenazah Hasnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini selepas solat Zohor tadi.

Arwah, yang pernah popular dengan lagu irama pop yeh-yeh seperti “Bersedih”, “Sabar Menanti” dan “Siti Zubaidah, meninggalkan lima orang anak termasuk dua lelaki dan lima orang cucu.

Takziah buat keluarga Hasnah Haron.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top