Shahir nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga rakan terdekat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahanterhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.


"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa.

~ Mstar

Nota: takpe la kalau shahir mahu mendekatkan dirinya ke bidang keagamaan. masih boleh menyertai nasyid seperti dulu-dulu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top