Hijjaz Records muncul dengan sebuah album khas berjudul Seleksi Istimewa Lagu- Lagu Raya HRSB. Album ini menghimpunkan 17 buah lagu nasyid raya yang pernah dirakamkan oleh artis-artis di bawah naungan Hijjaz Records.

Antara artis-artis yang terlibat ialah UNIC, Inteam, Mestica, Hijjaz, Ae-Man, Ina Naim dan Suhaimi . Tambah istimewa, untuk julung kalinya, ditampilkan Hijjaz Junior dan personaliti Imam Muda musim pertama iaitu Imam Muda Asyraf, Imam Muda Miril dan Imam Muda Nuri yang berduet bersama menerusi lagi Fitrah Hari Raya. Di samping itu, penyanyi Nash juga diundang dan turut berduet bersama Hijjaz menerusi sebuah lagu baru bertajuk Ramadhan Satu Anugerah.

Album Lagu raya

Senarai 14 track lagu yang terdapat dalam album ini :-

1. Takbir Raya
2. Fitrah Hari Raya – Hijjaz, IM Nuri, IM Ashraf, IM Miril & Hijjaz Junior (Versi Baru)
3. Disuatu Hari Raya – UNIC | In-team
4. Salam Pertemuan – UNIC
5. Salam Kemaafan – Hijjaz
6. Senandung Aidilfitri – In-team | UNIC | Mestica
7. Suara Takbir – Hijjaz
8. Minal Aidin Wal Faizin – Hijjaz | UNIC | Mestica | Suhaimi
9. Zapin Hari Raya – UNIC | In-team
10. Selamat Hari Raya – ae-man
11. Sekuntum Kemboja Yang Gugur – Hijjaz
12. Hari Ini Hari Raya – ae-man
13. Semerbak Aidilfitri – Mestica
14. Kemaafan Di Aidilfitri – In-team
15. Selendang Lebaran – Hijjaz
16. Joget Lebaran – Hijjaz | UNIC | Mestica | Suhaimi | Diana Naim
17. Ramadhan Satu Anugerah – Nash & Hijjaz

Album yang dijual pada harga RM25.90 ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Dapatkan yang original. Jika anda berminat untuk mendapatkan album-album terbaru dan lama keluaran Hijjaz Records, sila hubungi bahagian pemasaran HIJJAZ RECORDS SDN BHD melalui : -

Pejabat : 03-77259676

Encik Suhaimi : 019-2582899

Encik Os Khir : 019-2996441

Source: Link

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top